KUALA LUMPUR: Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia, Prof Maszlee Malik telah mengutuskan surat kepada 19 pemimpin agama global, merayu kebijaksanaan dan pengaruh mereka untuk menyokong gencatan senjata segera di Gaza.
Maszlee berkata, surat-surat berkenaan antara lain ditujukan kepada tokoh-tokoh berpengaruh termasuk Mufti Besar Arab Saudi, Presiden Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa, Imam Besar Al-Azhar, Pope Francis, Dalai Lama, Ayatollah Ali Khamenei, Patriark Ekumenikal Bartholomew I, Uskup Agung Canterbury, Ketua Rabbi Ephraim Mirvis.
Beliau berkata, kandungan surat-surat berkenaan meminta mereka menggunakan pengaruh masing-masing untuk mendesak keamanan dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
"Tahap krisis kemanusiaan yang teruk menuntut penyatuan usaha untuk menghentikan pembunuhan kanak-kanak dan orang awam, menamatkan pengeboman hospital dan sekolah dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Maszlee berkata, IAIS Malaysia akan terus meningkatkan diplomasi agama sebagai satu cara untuk mempromosi keamanan dan kemampanan global.
Organisasi itu memahami pentingnya kerjasama antara agama dan peranan penting yang dimainkan oleh pemimpin agama dalam memupuk perpaduan dan toleransi dalam kalangan masyarakat yang pelbagai, katanya.
Maszlee berkata, gesaan untuk gencatan senjata berakar umbi dalam prinsip belas kasihan, dialog, dan usaha mencari keadilan - tonggak yang sangat penting dalam agenda nasional MADANI, yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, IAIS Malaysia komited untuk memajukan agenda ini, dengan 'Ihsan' merupakan tonggak pentingnya.
"Promosi belas ihsan dan empati, tonggak kepada agenda MADANI, merupakan keutamaan kami dalam menggesa gencatan senjata di Gaza. Kami yakin bahawa nilai-nilai ini penting dalam membina jambatan, memupuk persefahaman, dan akhirnya menyumbang kepada dunia yang lebih aman, damai dan harmoni," katanya.
IAIS Malaysia tidak berbelah-bahagi dalam komitmennya untuk menyokong keamanan, toleransi dan dialog antara agama, kata Maszlee, sambil menambah bahawa institusi itu menggalakkan penglibatan dan kerjasama para pemimpin agama di seluruh dunia untuk mewujudkan dunia yangh ihsan, harmoni dan aman. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023
Kandungan surat-surat berkenaan meminta mereka menggunakan pengaruh masing-masing untuk mendesak keamanan dan bantuan kemanusiaan di Gaza. - Gambar fail
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."
Kuat kuasa undang-undang antarabangsa jika Israel tidak setuju gencatan senjata diterima Hamas – MAPIM
Mohd Azmi berkata, Israel perlu faham bahawa persetujuan Hamas memberi indikator bahawa rejim Zionis tidak boleh meneruskan operasinya.
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.